what do you say?

Sabtu, 29 Mac 2014

Cookiecutter Shark


Nama: Cookiecutter Shark

Nama Saintifik: Isistius Brasiliensis

Panjang: 42-56cm

Berat: Tidak diketahui

Makanan: Haiwan marin bersaiz sederhana sehingga saiz besar

Taburan: Semua lautan tropika dan subtropika

Habitat: Laut dalam


Serangan yu ini meninggalkan kesan bulatan berlekuk, biasanya lima sentimiter panjang san tujuh sentimiter dalam. Jerung ini selalu bergerak dalam kumpulan dan makanan ikan bersaiz besar. Contohnya paus, dolfin dan sebagainya. Ikan ini selalu berada di dalam kedalaman 3 000 meter dan boleh mengeluarkan biopendahcahaya hijau. Ikan ini mempunyai warna hitam di sekeliling lehir. Giginya boleh tumbuh semula dengan mengitar semula kandungan kalsium gigi lama yang ditelan selepas ia tercabut atau rosak. Walaupun yu ini berkemampuan untuk menggigit mangsa besar, ia tidak berbahaya kepada manusia kerana saiznya kecil dan tinggal di laut dalam. Cahaya hijau menyerlah dalam keadaan gelap pada badannya menarik perhatian mangsanya. Apabila mangsa dekat, ia akan melekap pada badan mangsa. Mulutnya melekap kuat dengan gigi rahang atas. Gigi bawahnya mengoyak daging mangsa.


Tiada ulasan: