Cinta
Penjual Sate
Selepas menyiapkan diri, aku melihat
bayangan diri aku pada cermin besar yang berada di dinding bilik. Aku masih
tidak berpuas hati biarpun rasanya sudah hampir sejam aku bersiap. Ada sahaja
yang tidak kena di mata aku. Pakaian baru yang dikenakan bagaikan tidak
sempurna.
Aku melihat jam Casio di pergelangan tangan
aku. Jam menunjukkan hampir pukul enam.
Aku harus bergerak sekarang agar tidak terlewat. Aku sempat lagi
membetulkan tali leher sebelum keluar. Aku tersenyum,membuktikan bahawa aku sudah berpuas hati dengan penampilan diri
aku.
Buat pertama kalinya aku mengenakan kot dan
tali leher. Pakaian yang baru ditempah ini bersesuaian dengan majlis yang bakal dihadiri aku. Aneh
rasanya apabila aku mengenakan pakaian sebegini.
Majlis yang bakal aku hadiri bukan majlis
yang biasa. Ini kerana majis ini diadakan di hotel bertaraf lima bintang, mungkin banyak dihadiri orang
kenamaan.
Tiba di jalan raya,aku hampir membuat
kesilapan yang agak besar bagi aku. Mujurlah aku sempat sedar bahawa dengan
berpakaian begini tidak bersesuaiaan untuk menggunakan perkhidmatan bas.
Sepatutnya aku menyewa sebuah kereta
mewah.Malangnya aku tahu aku tidak mampu berbuat demikian. Kalau aku menyewa
kereta tentu aku akan makan mi segera selama sebulan. Oleh itu, aku mengambil
keputusan untuk menggunakan perkhidmatan teksi sahaja.
Setelah menahan sebuah teksi aku duduk di
belakang dan memaklumkan tempat yang ingin dituju.
Sesekali pemandu teksi di hadapan melirik
mata kepada aku.Aku tahu diri aku sedang diperhatikan.Aku hanya buat-buat tidak
tahu.
Bukan semua orang yang bertuah seperti diri
aku ini.
Aku pun mengenang kembali rentetan
peristiwa yang menggamit ingatanku sehingga ke hari ini. Episod cinta dan kasih
sayang kepada seorang gadis yang sangat cantik. Bagai bulan dipagari bintang.
Bukan sahaja cantik malah sempurna sifatnya, tambahan pula, dia anak orang
kaya.Siapa yang memandang pasti akan terliur.
Sungguh tidak dijangka kejaya aku sebagai
seorang penjual sate di tepi jalanan membawa aku berjumpa dengan seorang
bidadari yang sangat cantik.
“Pandai encik bakar sate ni.Garing dan
rangup.” Ujar seorang gadis cantik di hadapanku.
Pujian itulah yang telah memulakan titik
perkenalan aku dengan seorang gadis manis bernama Nora.
Setiap
hari Nora pasti akan datang di tempat kerja aku. Aku bangga dengan kepakaran
aku membakar sate.
Tidak sia-sia aku berhenti sekolah setakat
tingkatan tiga. Selepas berhenti sekolah,aku mula bekerja sebagai penjual sate
di beberapa tempat. Kepakaran membakar sate yang telah diajar oleh arwah ayah dan
datuk aku memudahkan aku untuk mendapat pekerjaan di mana-mana warung yang memerlukan
orang untuk membakar sate.
Nora sering mengunjungi aku dengan membawa
beberapa kawan-kawannya. Lelaki dan perempuan. Pada pengamatan aku,Nora tidak
pernah membawa teman lelaki. Kawan-kawannya sering bertukar-tukar. Kadang-kadang
lelaki,kadang-kadang perempuan.
Setiap kali gadis bernama Nora ini memesan
sate, aku akan membakar sate tersebut dengan sebaik-baiknya.
Dari perasaan bangga kepada cinta. Gadis
tersebut benar-benar telah memikat hati bujang aku.
Nora sering kali datang berkunjung ke
tempat kerja aku ini. Acap kali dia mengajak aku duduk bersamanya, bergurau dan
ketawa. Kadang-kadang kami berbual berkaitan kerjaya dan sebagainya. Tetapi
selalunya kami hanya berborak kosong. Aku benar-benar berada di kemuncak
kebahagiaan.
Namun aku sedar.
Perbezaan aku dengan dia bagaikan langit
dan bumi. Sukar untuk berganding. Sering kali aku meratapi nasib malang aku. Mengapalah
taraf kami jauh berbeza.Kenapa ada jurang yang menghalang hubungan kami.
Tetapi Nora tidak memperdulikan perbezaan
antara aku dan dia.Bagi dia manusia adalah sama.Keimanan yang membezakannya.
Hari berganti hari, Nora semakin akrab dan
mesra dengan aku. Di antara aku dengan dia tidak ada lagi batas pergaulan. Perhubungan
aku dengan dia bukan sekadar sebagai pelanggan dengan penjual tetapi kawan
baik.
Kadang-kala Nora datang seorang diri dan
meminta aku menemani dan berborak dengan dia. Tetapi kadang-kadang dia ajak
jalan-jalan di taman. Aku selalunya hanya belanja dia makan sate.
Semua ini menjadikan diri aku semakin yakin
bahawa kunjungan Nora bukan sahaja ingin makan sate yang dibuat oleh aku,tetapi
Nora ingin mendekati diri aku. Cuma, Nora seorang gadis. Mungkin susah untuk
dirinya untuk meluahkan isi hatinya.
Aku
yakin apa yang dirasainya dirasai oleh Nora. Setiap kali mereka bersama tidak
pernah diselangi dengan kebosanan. Kadang-kadang Nora seperti tidak mahu
pulang. Seperti mahu bercakap sehingga kedai tutup.
“Abang Kamal,jom pergi makan. Nora belanja.”
Tiba-tiba dia mengajak aku pergi berjalan-jalan.
Seperti orang mengantuk disorongkan bantal.
Aku terus setuju. Maklumlah jarang orang belanja.
Aku pun segera mengemas barangan jualan
aku. Dia menolong aku supaya kerja mengemas lebih cepat habis.
Dia memandu keretanya dan berhenti di
sebuah restoran bertaraf tiga bintang.
”Tak apa ke?” tanya aku apabila melihat
menu makanan yang mahal-mahal belaka. Berat hati aku untuk makan di situ.
”Tak apa,” jawab dia ringkas. Dia
tersenyum.
Kami duduk di sebuah meja untuk dua orang.
“Bulan depan hari jadi Nora tau. Abang
mesti datang. Kedatangan Abang adalah wajib,” tiba-tiba Nora menyatakan
permintaannya dengan suara meminta kasih sayang.
Hampir-hampir sahaja aku pengsan di situ. Hati
aku berbunga apabila dia menyatakan kedatangan aku adalah wajib. Terasa di
awang-awangan. Kaki aku bagai tidak memijak bumi yang nyata lagi. Jika
kedatangan aku adalah wajib, bermakna aku adalah orang yang penting bagi dia.
“Hari jadi awak bila?” tanya Nora.
Aku tersipu-sipu. Seumur hidup aku tidak
pernah aku meraikannya. Tambahan lagi,aku bukan dari keluarga yang berada. Aku
pun tidak pernah ingin tahu.
“Saya tidak pernah meraikan hari jadi
saya.”
Dia memandang aku dengan pandangan simpati.
“Tak apa.Nora nak tahu tariknya.”
“21 Desember,” jawab aku ringkas.
“Wah!Dua hari lagi. Nasib baik Nora tanya.”
Dua hari kemudian, aku kehairanan apabila
melihat satu bungkusan hadiah di atas meja kerja aku. Tiba-tiba kedengaran bunyi
orang menyanyikan lagu selamat hari jadi. Aku menerima kejuatan yang tidak pernah berlaku dalam
sejarah kehidupan aku. Nora muncul dengan membawa beberapa orang kawannya. Bukan
itu sahaja,mereka membawa sebiji kek hari jadi. Aku meniup lilin. Sesuatu yang
tidak pernah dilakukan sejak dilahirkan.
“Eh,Apa ni?” tanya aku apabila Nora menghulurkan
sebuah bungkusan yang sederhana besarnya.
“Ni hadiah dari Nora. Semoga panjang umur
dan murah rezeki. Ambillah.”
Aku menerima hadiah tersebut dengan tangan
yang menggeletar. Pertama kali dalam hidup aku menerima hadiah dari orang yang
tersayang. Aku menahan air mata aku yang hampir sahaja jatuh. Maklumlah anak
jantan tak akan menangis di hadapan
perempuan. Malu.
Apabila pulang dari kerja,aku terus berkurung
di dalam bilik. Aku membuka hadiah yang diberikan oleh Nora dan menangis
semahu-mahunya. Air mata aku jatuh dengan lajunya. Kelihatan sebuah jam jenama
Casio yang sangat cantik bewarna hitam.
Selama ini, layanan Nora terhadap dirinya
lebih dari seorang kawan. Tersegam wajahnya yang ceria di hadapan aku.
Aku membuat kesimpulan bahawa di antara
kami sudah terjalin suatu hubungan yang lebih dari seorang sahabat. Membuktikan
bahawa aku selama ini tidak bertepuk sebelah tangan. Buktinya Nora memberi
perhatian kepadanya sepenuhnya.
Tidak mungkin Nora akan meluahkan
perasaannya dengan kata-kata kerana dia masih diselimuti dengan budaya
ketimuran.
Sebagai lelaki aku tahu tanggungjawab aku
untuk meluahkan perasaan kepada si dia. Dia yang harus memulainya. Kemudian
barulah Nora akan membalasnnya dengan kasih sayang.
Aku memegang kemas hadiah yang bakal aku
berikan kepada Nora. Sebuah hadiah yang istimewa melambangkan isi hati aku
kepada gadis tercinta.
Lamunan aku terhenti apabila teksi yang
membawa aku berhenti di sebuah hotel yang tersegam indah.
Selepas membuat pembayaran,aku melangkah
kehadapan dengan senyuman bangga. Aku terus melangkah di mana tempat
berlansungnya majlis hari jadi Nora. Hotel lima bintang ini begitu besar sehingga
aku perlu bertanya kepada pegawai yang lalu di hadapan aku tentang lokasi
majlis itu.
Selepas dimaklumkan, aku segera menuju ke
dewan yang bakal menjadi saksi cinta aku dengan Nora. Langkah aku dicepatkan
supaya cepat sampai ke destinasi.
Apabila sampai hadapan sebuah dewan yang
sudah berhias cantik tiba-tiba salah seorang petugas menghampiri aku.Nora tidak
kelihatan di situ.Demikian juga tetamu yang lain.
Aku sudah memaklumi perkara ini.Nora meminta
dia datang dua jam lebih awal supaya dapat menolong dia.Aku tidak bertanya
dengan lebih lanjut kerana aku tahu kedatanngan aku pasti akan diutamakan.
“Saya Kamal,kawan kepada Cik Nora.Mana Cik
Nora?”Kata aku kepada petugas yang menyambut kedatanngan aku.
“Ooo...Encik Kamal.Saya ditugaskan untuk
menyambut kedatanngan tuan.Sila ikut saya.”
Aku mengikut di belakang petugas tersebut.
Aku menyangka aku akan dibawa ke sebuah
bilik khas.Bilik VIP untuk orang yang istimewa seperti aku.Nora tentu menunggu
aku di situ.
Tetapi hati aku berasa tidak senang apabila
petugas tersebut membawa aku ke dapur.Perasaan yang lain dari lain mula menusuk
ke dalam hati aku.
Aku
tetap mengikut petugas itu masuk ke dalam dapur. Kelihatan beberapa orang chef
sedang memasak makanan.
“Cik Nora cakap Encik Kamal memang pakar
dalam membakar sate.Sebab itu saya diarahkan untuk membawa Encik Kamal ke
sini. Pihak hotel akan menyediakan satenya dan Encik Kamal hanya perlu membakarnya. Pembayaran
akan diuruskan kemudian.”
Aku hanya terdiam.
Aku tetap bersetuju untuk mengambil kerja
itu.
Malam itu,sekali lagi air mata aku mula
mengalir semula.
Orang yang melihatnya pasti menyangka
kerana asap masuk ke dalam mata ketika membakar sate. Tetapi sebenarnya aku
menangis kerana malu kepada diri sendiri.
Cinta itu buta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan