Kasih sayang Ibu
penulis: A.G
Surat
yang telah ibu aku hantar kepada aku telah pun aku baca semuanya.Setelah dua
tahun berlalu,akhirnya seribu persoalan yang tidak dapat dijawab telah pun terjawab.Surat
itu benar-benar membuatkan mengalirkan air mata.
Keputusan
ibu dan ayah menghantar aku ke kampung dan tinggal bersama-sama datuk dan nenek
membuatkan aku bertanya dengan diri aku dengan seribu tersoalan.
Masih
segar di ingatan aku sewaktu ibu memberitahu keputusannya untuk menghantar aku
ke kampung dan tinggal bersama-sama dengan datuk dan nenek.
“Siti...ibu terpaksa menghantar Siti tinggal
dengan datuk dan nenek di kampung,” tiba-tiba ibu menyatakankan
hasratnya.Hasratnya itu membuatkan aku terkejut. ”Kenapa bu.....kan Siti
dibesarkan di sini,”tanya aku dengan perasaan tidak puas hati.”Ibu dan ayah
terpaksa bekerja keras untuk masa depan Siti,”kata ibu dengan tenang.
“Dulu ibu dan ayah pun bekerja keras.Adakah Siti dah menyusahkan
ibu dan ayah?”aku memberontak.”Ibu tak dapat menjawabnya sekarang.Tapi
percayalah,semua ni untuk masa depan Siti,”ibu mengusap kepalaku dengan penuh
rasa kasih sayang.Air mata mula membasahi pipi aku.Ibu memeluk aku dengan erat.
“Ibu memang dah tak sayangkan Siti lagi.Ibu
dan bencikan Siti.”
“Jangan cakap macam tu.Siti tak faham perasaan
ibu.Siti adalah harta yang paling bernilai dalam hidup Ibu.Tapi kehidupan
memerlukan sedikit pengorbanan.Siti akan tahu juga nanti,”ibu menepuk belakang
aku dangan penuh rasa kasih sayang.
Hari yang telah dijanjikan telah tiba jua.Aku
tidak dapat menolak hasrat ibu dan ayah.Dengan hati yang berat,aku akur dengan
keputusan ibu dan ayah aku.Aku membantu ayah untuk mengangkat
barang-barang keperluan ke dalam kereta.
“Mengapa masam je ni?...Ayah tak suka tengok
anak ayah ni muram sahaja,”tanya ayah apabila mendapati aku tidak seceria
seperti selalu.
“Kenapa ni Siti?...Kan Siti dah berjanji
akan menerima keadaan ni dengan hati yang terbuka.Ibu nak Siti senyum macam
biasa O.K. sayang?”Aku menganguk kepala sahaja.
”Lagipun anak ayah ni kan selalu manis macam
ibunya...”kata ayah sambil menjeling kepada ibu.Ibu mencubit lengan ayah dengan
mesra.
Ayah dan ibu tak pernah jemu dengan gurau
sendanya.Ada-ada sahaja cerita dan modal mereka untuk bergurau dan ketawa
bersama-sama.Aku takut kehilangan mereka.Aku takut membayangkan kesepian dan
kerinduan tanpa mereka.Tambahan lagi,aku tidak pernah berpisah dengan mereka.Bagaimanakah
keadaan aku nanti?...
Dalam
perjalanan aku hanya duduk diam dan melayan perasaan sendiri.Tidak berkata apa-apa
pun.Aku masih lagi membayangkan apa yang akan terjadi kepada aku selepas
ini.Akhirnya, aku terlena dengan perasan tidak senang hati.
Semasa aku terjaga dari tidur,kelihatan sungai
yang mengalir tenang.Pokok-pokok yang kehijauan.Tenang sedikit hati aku apabila
melihat keindahan alam itu.
Ketika kami sampai sampai ke destinasi,hari
sudah pun beransur-ansur senja.Datuk dan nenek sedang bersiap-siap untuk ke
masjid.Melihat kami tiba,mereka tergesa-gesa menyambut kedatangan kami dengan
hati yang gembira.
Sememang datuk dan nenek mengharap
kepulangan ibu yang merupakan satu-satunya anak tunggal mereka.Sebagai anak
tunggal,ibu tidak pernah menghampakan mereka.Ayah pula menantu yang sangat
menjaga hati dan perasaan mereka.Ibu dan ayah tidak pernah membantah apa-apa
jua kehendak datuk dan nenek.
Ternyata kepulangan kami memang
dinanti-nanti oleh mereka hingga nenek sangat bersemangat untuk menyiapkan
masakan yang istimewa kepada kami.
Pada malamnya kami sekeluarga tidur
berderetan di ruang tamu.Ibu dan ayah tidur dengan nyenyak sekali selepas
perjalanan yang memenatkan.Aku pula macam tidur-tidur ayam saja.Sekejap lena
sekejap lagi tersedar kerana hati aku masih risau dengan apa yang akan berlaku
kepada aku selepas ini
Pada keesokan harinya,ibu dan ayah akan
berangkat pulang.Aku pula berdiri seperti tugu dengan pipi aku basah dengan air
mata.
“Siti sayang,ibu dan ayah balik dulu.Kalau
ada apa-apa telefonlah ibu dan ayah di pejabat atau di rumah.O.K.
sayang?...Jaga diri baik-baik dan belajar rajin-rajin.”Ibu cuba menyembunyikan
sebak didalam hatinya dengan mengukir senyuman yang dibuat-buat di mukanya.Sayu
dan hiba membuatkan hati aku semakin sebak.Aku hanya berdiam diri dan mencium
mereka dengan penuh kesedihan.
Kereta ayah bergerak perlahan-lahan
meninggalkan rumah datuk.
Walaupun kereta yang dipandu oleh ayah sudah
hilang dari pandangan,aku masih berdiri di situ.Terasa jalan kehidupan aku
semakin sunyi dan gelap.Sekali lagi aku membayangkan kehidupan aku yang terasa
kosong ini.
“Siti,kenapa masih berdiri dekat situ?Mari
ikut nenek pergi ke kedai.Nanti dapatlah Siti berkenalan dengan beberapa kawan
baharu,”ajak nenek cuba untuk memujuk hati aku yang semakin rawan.Dengan malas
aku berjalan menuju ke arah nenek.
“Siti pergi ke bilik nenek dan ambil
tudung,”perintah nenek.
“Buat apa dengan tudung tu nek?”tanya aku
penuh kehairanan.
“Siti kan perempuan,jadi wajiblah pakai
tudung supaya tidak boleh dilihat oleh lelaki ajnabi.”terang nenek.
”Kedai tu dekat saja.”
“Dekat atau jauh tu tak penting,tapi yang
penting apabila kita keluar dari rumah tentu terdapat orang bukan muhrim
kita,kita wanita islam wajib tutup aurat.Kalau datuk Siti nampak Siti tak pakai tudung tentu dia
akan berleter nanti,”kata nenek seperti seorang pensyarah.
”Lagipun Siti kan menengah empat.Di kampung
ni semua yang sebaya dengan Siti semuanya pakai tudung,”sambung nenek lagi.
Tanpa
belengah lagi aku terus menuju ke bilik nenek dan mengambil tudung seperti yang
diarahkan oleh nenek tadi.
Apabila sampai di kedai Pak Ahmad,ternyata
apa yang dikatakan oleh nenek benar-benar belaka.Di sana aku melihat banyak
anak gadis yang sebaya dengan aku berpakaian sopan.Mereka memakai baju kurung
dan bertudung.Ada juga yang bertudung labuh dan berjubah.
Tidak seperti yang selalu aku lihat di
bandar.Tidak ada yang berseluar jean ataupun berskirt pendek.Tidak ada yang
tidak berpakaian tidak sopan.
“Assalamualaikum Nek Bedah,nak beli
apa?”sapa seorang gadis manis bertudung biru laut.
“Waalaikumussalam....oh,Farah! Ni ha,nenek
nak bawa cucu nenek jalan-jalan sekejap.Ha! Siti...ni Farah anak Pak Imam
Roslan.Farah,ni cucu nenek Siti Faridah dari Kuala Lumpur.Dia akan bersekolah
di sini.Nanti bolehlah Farah datang belajar sama di rumah nenek.”
Aku
bersalaman dengan Farah.Orangnya manis dan lemah lembut.Dia juga tidak kedekut
dengan senyuman dan tidak sombong walaupun kamu baru sahaja bertemu.
Tidak seperti pelajar-pelajar di bandar yang
kebanyakannya hanya mementingkan pangkat dan darjat ibu dan bapa mereka.
Bermula dengan berkenalan dengan Farah,aku mula berkenalan dengan
banyak lagi kawan yang sebaya dengan aku.Yang paling rapat dengan aku ialah
Alia,Dayang,Aminah dan Hakimah.Semuanya baik-baik belaka. Kami banyak
menghabiskan masa belajar bersama-sama.Mereka banyak membantu aku terutamanya
dalam pelajaran.Kebetulan juga kami belajar di sama kelas yang sama.
Suasana persekolahan di sini betul-betul
membuatkan aku sedar tentang berapa pentingnya pelajaran.Pelajar-pelajar di
sini semuanya tekun belajar.Mereka tidak pernah memikirkan hal-hal lain selain
belajar dan mengulang kaji pelajaran.Tidak ada budaya lepak dan tidak ada
budaya kutu rayau seperti yang biasa aku jumpa di sekolah aku dahulu.
Keadaan kampungnya pula begitu menyegarkan.Tiada
pencemaran udara mahupun bunyi.Tambahan lagi,kampung ini jauh dari bandar.
Waktu subuh di kampung begitu hening dengan
kesyahduan suara azan Bilal dari masjid kampung yang tidak jauh dari rumah nenek.Kedengaran
juga bunyi kokokan ayam sahut-menyahut.Segala-galanya begitu menenangkan jiwa
dan hati aku.
Sekali lagi aku membaca surat yang telah
diberikan oleh ibu....
“Anakanda
Siti Faridah yang disayangi,
Ibu
mendoakan siang dan malam agar Siti sentiasa sihat dan dilindungi oleh
Allah.Ibu juga mengharapkan agar Siti menjadi anak yang baik dan solehah.Ibu
tahu....Siti tentu merindui ibu dan ayah.Kami juga merasai apa yang dirasai
oleh Siti.Malah ibu yang telah melahirkan Siti lebih tertikam dengan sembilu
rindu yang tidah tertahan peritnya.
Siti mungkin
masih tertanya-tanya mengapa ibu dan ayah menghantar Siti ke kampung dan
tinggal bersama dengan datuk dan nenek.Kini tibalah masa ibu memberitahu Siti kebenarannya
setelah meneliti keadaan Siti yang semakin baik.
Anakku
sayang,
Gejala
sosial yang hebat sedang melanda dengan hebat pada masa kini seperti dadah
budaya lepak,bohsia dan lebih teruk lagi kes buang anak.Biarpun ibu dan ayah
telah berusaha keras untuk memberi didikan agama tetapi perasaan risau tetap
menghantui ibu.Ibu takut angin keruntuhan moral sedikit demi sedikit
mempengaruhi Siti secara
perlahan-lahan.Pengaruh rakan sebaya
dalam pergaulan seharian adalah salah satu sebab besar gejala ini boleh
berlaku.Siti terlalu muda untuk membuat pertimbangan baik buruknya suatu
keadaan.
Corak
pergaulan dan persekitaran kampung adalah yang terbaik kerana masih mengekalkan
amalan dan ciri-ciri hidup bermasyarakat.Ibu begitu mengimpikan agar Siti menjadi
anak yang solehah,yang mampu menghargai kasih sayang dan pengorbanan oraang
tuanya.Selain itu,di kampung,Siti lebih terdedah dengan nilai-nilai murni
bercirikan agama dengan datuk dan nenek.
Bukanlah
bererti ibu dan ayah mahu lepas tangan dan melupankan tanggungjawab kami
sebagai ibu dan bapa.Siti sendiri tahu bahawa kami sibuk dengan urusan kerja
dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk meluangkan masa bersama.Kami
berusaha mencari rezeki yang halal untuk menjadikan masa depan Siti lebih
cerah.Siti adalah harta yang paling bernilai bagi kami.Oleh itu,kami ingin
harta kami lebih bernilai dengan pengisian ilmu yang bermanfaat.Siti,apabila
kami meninggalkan dunia ini hanya tiga perkara yang boleh kami bawa iaitu
amalan,sedekah dan doa anak-anak yang soleh.Inilah yang kami impikan sebagai
orang tua.
Sejak
kecil kami memanjakaan Siti dengan kemewahan dan kesenangan.Siti tidak pernah
merasai apa itu susah dan apa itu miskin.Pada zaman ibu dahulu,ibu terpaksa
bertungkus lumus untuk berjaya seperti sekarang.Dengan kesusahan,manusia pandai
menilai masa dan peluang.Pandai berusaha untuk mengejar apa-apa yang diimpikan.Dengan
kesusahan jugalah yang mengajar seorang manusia untuk bersabar dan bersyukur
dengan nikmat yang ada.
Bukan niat
ibu nak mendera Siti supaya hidup susah di kampung,cuma ibu mahu Siti hidup
dalam suasana sederhana.Dengan itu,Siti akan bersyukur dengan apa-apa yang Siti
ada.Merasai belas dan kasihan terhadap orang yang susah.Ini akan membuatkan
jiwa Siti lebih kuat dan tabah menghadapi dugaan yang akan datang.
Di
kampung,Siti telah menunjukkan prestasi yang sangat baik.Harapan ibu telah pun
tercapai.Siti telah hampir tamat mengaji.Siti juga telah menunaikan solat lima
waktu.Siti sekarang lebih sopan dalam pergaulan.Lebih membanggakan,Siti
mencapai keputusan yang terbaik dalam pelajaran.Siti akan jadi lebih ceria
dengan udara kampung yang lebih segar
dan bersih.
Ibu
bahagia sekali dengan semua pencapaian yang telah kamu kecapi.Kini Siti tentu
faham akan sebab kenapa ibu menghantar kamu ke kampung.
Sekian
sahaja daripada ibu.Mudah-mudahan Siti mendapat hidayah dan petunjuk daripada
Allah.”
Setelah aku baca surat itu untuk kali kedua aku lipat dan aku simpan dengan baik di
dalam almari di penjuru bilik aku.Aku membuka jendela bilik aku.Terasa angin
sejuk masuk ke dalam bilik. Aku menghirup udara segar dari jendela bilik aku
itu.Terasa juga linangan air mata mengalir di pipi aku dengan perlahan.Sekali
lagi aku membiarkan air mata aku mengalir.
Setelah dua tahun berlalu,barulah aku faham erti pengorbanan orang tua
dan harapan ibu dan ayah aku kepada diri aku.