Taubat
Renung-renungkanlah dan selamat beramal
"Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba selagi nyawa belum sampai ke khalkumnya"
(Hadis riwayat Tarmizi)
Saat mati telah dirasiakan oleh Allah....Sealim-alim mana pun korang,korang tak akan tahu bila ajal korang akan tiba....Cuba korang tengok IC korang......ada tarikh mati tak...tarikh lahir adalah....tapi kalau ada tarikh mati tu aku pun tak tahu jugak.........(Hebat jugak orang yang buat IC tu sampai boleh meramalkan tarikh kematian)
"Setiap yang hidup pasti akan matidan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas di kiamat"
(Surah Al 'Imran ayat 185)
adakah anda pernah terfikir tentang.......'bila aku akan mati?'........'adakah aku nak mati?'.......'adakah Malaikat Izrail akan menjemput aku sekejap lagi?'.......
kalau difikirkan semua itu bagaikan Malikat Izrail sedang berada di samping kita.....
"Katakanlah:Wahai hamba-hambaku yang telah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesunggunhnya Allah mengampunkan segala dosa,sesungguhnya Dialah jua yang maha pengampun lagi maha pengasih"
(Surah az-Zumar ayat 53)
tahukah anda satu perbezaan umat Nabi Muhammad SAW dengan umat nabi-nabi yang terdahulu.....Disebutkan oleh Nabi Adam A.S
"Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat nabi Muhammad dengan empat kemuliaan yang tidak akan diberikan kepadaku
1.Taubatku(Nabi Adam)hanya diterima di Kota Mekah manakala taubat umat nabi Muhammad SAW disebarang tempat oleh Allah
2.Pada mulanya aku berpakaian,tetapi apabila aku berbuat derhakakepada Allah SWT,maka Allah SWT telah menjadikan aku telanjang.Umat nabi muhammad SAW berbuat derhaka dengan telanjang.tetapi Allah SWT memberikan mereka pakaian
3.Ketika aku berbuat derhaka Allah SWT memisahkan aku dengan isteriku.tetapi umat nabi Muhammad berbuat dosa Allah SWT tidak memisahkan mereka
4.Memang benar aku telah derhaka kepada Allah SWT dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga tetapi umat nabi Muhammad derhaka kepada Allah akan dimasukkan kedalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah SWT
"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji,atau menganiaya diri sendiri,mereka ingat Allahlalu memohon ampun dosa-dosa mereka-dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah-dan mereka juga tidak meneruskan(perbuatan buruj)yang mereka telah mereka lakukan itu.,sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya).orang-orang yang sedemikian sifatnya,balasannya adalah keampunan daripada Tuhan mereka,dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai ,mereka kekal didalamnya,dan yang demikian
itulah sebaik-baik balasan (bagi)mereka yang beramal"
(Surah Al-'Imran ayat 135-136)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan