what do you say?

Sabtu, 12 Januari 2013

Haiwan cute





HAIWAN CUTE

korang nak tahu tak....sekarang ni ada beberapa jenis haiwan yang cute di dunia ini sedang mengalami kepupusan.....aku ni kadang-kadang rasa kasihan lah pulak....biar aku tunjukan beberapa jenis daripadanya.....

Sand cat@Kucing pasir
sand-cats
Cute tak....?kucing ni hanya dapat dijumpai di padang pasir....Sejak tahun 2002,kucing kecil ini telah didaftarkan sebagai kucing yang hampir pupus oleh IUCN......ini kerana bilangan mereka sangat rendah
    kucing ni juga boleh dijumpai di gurun sahara,gurun arab dan lain lain jenis gurun.....
    kalau korang tengok dengan sekilas pandang memang macam kucing yang biasa korang tengok di pasar ikan......
      kalau korang nak tahu lagi...inilah satu-satunya kucing yang hidup di gurun......

kucing pasir ni mempunyai kaki yang pendek,ekor yang panjang dan telinga yang besar...




               
egyptian-tortoise
 Egyptian tortoise
                                                         Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai Kleinman's tortoise atau Leith's tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.
  kalau korang nak tahu....saiz maksimum bagi kura-kura ni ialah 14.4cm sahaja lebih kecil daripada tangan kita ini...
   kebanyakan orang selalunya akan menangkap kura-kura ni untuk di bela....ada juga untuk dijual..... 


Sea-Otters              
Sea Otter

Otter ini hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka. Seriously, macam mana mereka tergamak nak membunuh binatang secomel begini? Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi sea otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.
      Sea Otter ni selalunya berada di air....tetapi kadang-kala dia ni akan ke darat untuk tidur atau berehat...haiwan ini selalunya akan berkumpul bersama-sama....
     haiwan ini ialah carnivor dan tingginya lebih kurang 4 kaki atau 1.25m.....beratnya pula seberat 30kg
     

Fennec-FoxFennec Fox
See caption.Fennec Fox yang mendiami kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan. Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir. Sesiapa yang ada kawan bertelinga capang tu mungkin lepas ni boleh panggil dia Fennec Fox.
kalau korang nak tahu....perkataan fennec itu datang dari perkataan arab yang bermaksud serigala...
   serigala-serigala ini boleh hidup dalam lingkungan 14 tahun....berat Fennec fox ini ini ialah 0.68 hingga 1.6 kg,....





Maxican axolotl
Pokemon? Masa mula-mula nampak binatang ni serius nampak macam pokemon peliharaan Ash Ketchum. Mexican Axolotl ini sebenarnya merupakan salah satu spesis salamander dan tinggal di dalam air. Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan kurang daripada 1200 ekor yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat terakhir bagi pokemon ini yang masih terpelihara. Apabila sudah pupus nanti pasti kecewa juga sebab mana nak cari haiwan yang memang dilahirkan untuk senyum secara semulajadi sebegini?

Haiwan ni boleh hidup selama 10 ke 15 tahun dan panjangnya boleh mencapai 30 cm
 
Slow Loris

Slow loris atau dalam bahasa malaysianya Kongkang adalah salah satu haiwan yang ada di Malaysia...
haiwan ini bergerak dengan perlahan sebab itulah dia dipanggil slow....
      haiwan ini  selalunya diburu kerana boleh digunakan untuk berubatan....
      haiwan ini ialah seekor haiwan yang pemalu dan sangat mirip dengan monyet....kongkang dewasa selalunya bersaiz 21 hingga 38 cm.....



itulah antara haiwan yang dapat aku kongsikan.....udah lenguh tangan ni.....XD.......harap anda suka



Tiada ulasan: