what do you say?

Jumaat, 25 Januari 2013

hadis tentang ilmu....

ILMU...
korang nak tahu tak,zaman sekarang ilmu amat diperlukan...walaupun ilmu manusia umpama setitis air di lautan tetapi ilmu tetap penting.....cuba korang fikir....kalau nak dapat kerja perlu ada ilmu,buat itu perlu ilmu,buat ini perlu ilmu...
   renung-renugkanlah dan amalkanlah ilmu......

Hadis 1
daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Al-Khattab r.a,aku mendengar Nabi S.A.W bersabda "sesunguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat.Setiap orang dinilai dengan niatnya.Sesiapa yang berhijrah kepda Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya kepada Allah dan rasul-Nya.sesiapa yang berhijrah untuk mendapat dunia dan wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.

Hadis 2
Daripada Abu Hurairah r.a,Nabi S.A.W bersabda"sesiapa yang sengaja membuat pendustaan ke atasku maka sediakannya tempat di neraka".

Hadis 3
daripada Abdullah bin 'Amr r.a,sesungguhnya Nabi S.A.W bersabda "sampaikanlah daripadaku walaupun satu 'ayat' dan  ceritakanlah mengenai Bani Israil.Tanpa seebarang kesempitan dan dosa".

Hadis 4
Daripada Zaid bin Thabit r.a ,Nabi S.A.W bersabda "Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia mennghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain.kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orng lain yang lebih memahami .Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memehaminya.

Hadis 5
Daripada Anas bin Malik r.a ,bersabda Rasulullah S.A.W."menuntut ilmu adalah wajub ke atas setiap Muslim"

Hadis 6
Daripada Mu'awiyah bin Abu Sufian r.a,Nabi S.A.W bersabda "Siapa yang Allah mahukan kebaikan kepadanya nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya.

Hadis 7
Daripada Sa'ad bin Abu Waqqas r.a,Nabi S.A.W bersabda"kelebihan ilmu lebih  aku sukai daripada kelenbihan ibadat.Kebaikan dalam agama kamu adalah warak.

Hadis 8
Daripada Abu Darda' r.a,Nabi S.A.W besabda "Sesungguhnya para ulama adalah warisan para nabi .Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirhan.Mereka mewariskan ilmu.Sesiapa yang mengambilnya ia akan mendapat bahagian yang banyak dan sempurna.

Hadis 9
Daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a,Nabi S.A.W bersabda"kelebihan orang yang berilamu dengan seorang abid adalah kelebihanku dengan orang paling rendah darjatnya di kalangan kamu.

Hadis 10
Daripada Abu Umaimah Al-Bahili,Rasulullah S.A.W bersabda"sesungguhnya Allah,malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi sehinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.

Hadis 11
Daripada Jarir bin Abdullah Al-Bajali r.a,Nabi S.A.W bersabda "sesiapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam,ia akan mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya,tanpa kekurangan sedikit pun.Dan siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam ia akan mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya,tanapa kekurangan sedikit pun"

Hadis 12
Daripada Abu Mas'ud Al-Ansori r.a,Nabi S.A.W bersabda "sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan ,iamendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya.

Hadis 13
Daripada Tamim Al-Dari r.a,Nabi S.A.W bersabda "Agama adalah 'nasihat'".kami bertanya "terhadap apa?" Baginda menjawab "Terhadap Allah,Kitab-Nya,Rasul-Nya,Pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya"

Hadia 14
Daripada Abu hurairah r.a,Nabi S.A.W bersabda "Sesiapa ditanya tentang ilmu yang ia ketahui kemudian menyembunyikannya,ia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat"

Hadis 15
Daripada Abdullah bin 'Amr r.a,Nabi S.A.W bersabda "sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia.Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh (mematiakan) para ulama.Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal.Ketika itu,manusia akan melantik ketua mereka orang yang jahil.Apabila orang menanyakan sesuatu,mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu.Maka,sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain.

Hadis 16
Daripada Thauban khadam Rasulullah r.a,Nabi S.A.W bersabda"sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat.


itu sahajalah yang dapat aku sampaikan.......BB........;>





Tiada ulasan: