what do you say?

Ahad, 5 Oktober 2014

Bahaya Shisha daripada rokok


Apa itu shisha?... Shisha adalah rasa tembakau yang digunakan dalam proses merokok. Juga dikenali  'gelembung Hubble'. benda ini agak terkenal di Asia Barat.
Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dahulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Antara bahaya shisha ialah, air di dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap yang turut mengandungi nikotin karbon monoksida dan bahan-bahan lain seperti rokok biasa. Arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk daripada rokok biasa.
Penghisap shisha berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Ini kerana satu sesi penghisapan shisha memiliki kecenderungan 4 hingga 5 kali ganda lebih tinggi daripada satu sesi penghisapan rokok biasa. Kadar ini boleh meningkatkan kadar kerosakan otak dan keadaan tidak sedar.
Perkongsian paip shisha mendedahkan pengguna kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Contohnya tibi dan sebagainya.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyebut shisha berbahaya 400 kali ganda daripada rokok biasa kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin, dan tar yang kepekatannya tinggi berbanding rokok.
WHO turut melaporkan  17 peratus kes jangkit berjangkit batuk kering dikaitkan dengan penggunaan shisha...

Ingat dan Share dengan kawan-kawan anda....

Ahad, 15 Jun 2014

tanda-tanda dilamun cinta



-Hati berdebar apabila berjumpa si dia
    hati insan sentiasa berbolak-balik. Kadang-kadang sekadar bergurau sahaja. Ada masanya gembira, namun ada masanya sedih. Itulah hati. Tarikan cinta akan mengena kepada hati. Oleh itu hati akan berasa sedikit gugup juka bertemu dengan si dia.

-Selalu menyebut nama si dia
   Hakikatnya jika nama seseorang sentiasa berada dalam fikirannya maka nama tersebut akan mudah keluar dari mulutnya. Bahkan mungkin dibicarakan nama insan lain tersasul nama si dia. Itulah CINTA.

-Sering mempertahankan si dia
   Jika si dia dituduh, ditomah dan disebut sesuatu yang buruk, maka sudah tentu ia akan dijawab dan dipertahankan

-Mata tidak lepas pandang kepada si dia 
    Hati yang sudah ditawan akan terus ingin melihat si dia. Mata tak jemu daripada memandang. Andai tidak berjumpa sehari umpama setahun tidak bertemu. Jika tak mampu melihat si dia maka gambarnya pun sudah cukup. Jika tak pun memandang ke arah rumahnya sudah terlepas beban besar di hati.

-Sanggup melakukan apa sahaja demi si dia
    Pengorbanan adalah bukti cinta. maka muncullah ungkapan bahawa "Lautan api sanggup direnangi" demi membuktikan cintanya.

Harap-harap maklumat ni boleh membantu anda....Selamat bercinta...:)
   

Ahad, 4 Mei 2014

Asas Dating Bersyariah



1. Tujuan pertemuan yang positif

2. Pakaian yang menutup aurat

3. Tempat pertemuan yang tidak menimbulkan fitnah

4. Ditemani mahram yang amanah

5. Menjaga pendangan mata

6. Topik perbualan yang wajar

7. Nada suara yang tidak menggoda...



Berbahagialah dengan pasangan anda....:)

5 wasiat Imam Syafi'e



1. Sebut nama Allah lebih banyak daripada nama makhluk

2. Sebut Akhirat lebih banyak daripada urusan dunia

3. Sebut dan ingat kematian daripada hal-hal kehidupan

4. Tidak sebut kebaikan diri dan keluarga

5. Tidak sebut dan kecohkan keaiban atau keburukan orang lain

Sabtu, 29 Mac 2014

Cookiecutter Shark


Nama: Cookiecutter Shark

Nama Saintifik: Isistius Brasiliensis

Panjang: 42-56cm

Berat: Tidak diketahui

Makanan: Haiwan marin bersaiz sederhana sehingga saiz besar

Taburan: Semua lautan tropika dan subtropika

Habitat: Laut dalam


Serangan yu ini meninggalkan kesan bulatan berlekuk, biasanya lima sentimiter panjang san tujuh sentimiter dalam. Jerung ini selalu bergerak dalam kumpulan dan makanan ikan bersaiz besar. Contohnya paus, dolfin dan sebagainya. Ikan ini selalu berada di dalam kedalaman 3 000 meter dan boleh mengeluarkan biopendahcahaya hijau. Ikan ini mempunyai warna hitam di sekeliling lehir. Giginya boleh tumbuh semula dengan mengitar semula kandungan kalsium gigi lama yang ditelan selepas ia tercabut atau rosak. Walaupun yu ini berkemampuan untuk menggigit mangsa besar, ia tidak berbahaya kepada manusia kerana saiznya kecil dan tinggal di laut dalam. Cahaya hijau menyerlah dalam keadaan gelap pada badannya menarik perhatian mangsanya. Apabila mangsa dekat, ia akan melekap pada badan mangsa. Mulutnya melekap kuat dengan gigi rahang atas. Gigi bawahnya mengoyak daging mangsa.


Jumaat, 28 Mac 2014

Cerita lucu

Agaknya korang ketawa tak?

Cerita 1.
Anak: *pakai telekung

Ayah: Kau bukak telekung tu!!!

Anak: Kenapa yah? Saya nak solat la.

Ayah: Kau bukak setan!!!

Anak: Salah ke saya nak solat. Saya nak insaf la yah. Saya nak bertaubat!!!

Ayah: Insaf apanya, kau tu lelaki la!!!

Cerita 2.
Girlfriend: U... Semalam kan I nampak baju cantik sangat..

Boyfriend: Jadi?

Girlfriend: U belikan untuk I boleh tak? *buat muka kesian

Boyfriend: Tak dapatlah U...I nak sara ibu I dan adik-adik I....U dan I couple                           pun tak halal buat apa I nak beli..

Girlfriend: ........


Cerita 3.
Bola sepak time budak kecil kat kampung.

Gemuk : Goalkeeper

Badan kuat :Defend

Lari laju : Wing

Hendsome :Striker

Tuan punya bola: Kapten

Tiang gol :selipar, batang pokok, buluh dan lain-lain

Wisel penamat : Azan Marghrib

Gol Last : Menang

Penonton : Beli air

Cerita 4.
Suami: Tak rugi saya abang kawin dengan sayang

Isteri: yeke abang? kenapa?

Suami: yela, muka cantik, pandai masak, badan gebu, mantap lagi tu

Isteri: Nakal la abang ni

Suami: Tapi gambar dalam dompet ayang ni siapa? abang sayang? abah                               sayang? adik sayang? jawab..

Isteri: Bu bu bu bukan bang...

Suami: Jadi siapa ni? sayang curang dengan abang?

Isteri: Tu gambar sayang sebelum pembedahan tahun lepas..

Suami: *Koma...

Cerita 5.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang first time pergi ke gym.

Pemuda ini melihat banyak mesin sehingga kepala dia pening apabila dia melihat mesin tersebut.
Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk bertanya kepada seorang staf gym tersebut. Badan staf tersebut teramatlah sasa.

Pemuda: Encik, kalau kita nak awek suka kat kita....kita pakai mesin yang                               mana?

Staf gym: Mesin ATM.

Cerita 6.
Atuk: Cu..cepat pergi menyorok, cikgu kau nak datang tu...kau tak datang                       sekolah hari ni..

Cucu: Atuklah yang pergi menyorok

Atuk: Eh, kenapa pula?

Cucu: Sebab saya beritahu cikgu saya tak datang sebab datuk meninggal..

Atuk: ........

Cerita 7.
Rm 1 : Aku cemburulah dengan kau

Rm 100 : kenapa pula?

Rm 1: Yela kau selalu di belanja di tempat mewah...tak macam aku ni

Rm 100 : Aku lagi cemburu dengan kau

Rm 1 : Eh kenapa pula?

Rm 100 : Yela...aku memang selalu dibelanja di tempat-tempat mewah tapi                          aku jarang dimasukkan ke dalam tabung masjid.

Cerita 8.
Pancut di dalam bukannya di luar.
Lubang kehausan mahu di layan.
sebelum cucuk perlu di bayar.
Batangnya keras sebesar genggam.
Setia berdiiri biarpun malam.
Walaupun bengkok sedikit.
Lubang dicucuk biarlah dalam.
Agar memancut masuk ke dalam.
Si batang keras ingin keluar.
Cabut perlahan-lahan.
Jangan ada yang melimpah keluar.
Sayang.
Kerana harganya agak mahal.
Terima kasih.
Daripada SHELL, Kerana setia menggunakan SHELL.