what do you say?

Ahad, 15 Jun 2014

tanda-tanda dilamun cinta



-Hati berdebar apabila berjumpa si dia
    hati insan sentiasa berbolak-balik. Kadang-kadang sekadar bergurau sahaja. Ada masanya gembira, namun ada masanya sedih. Itulah hati. Tarikan cinta akan mengena kepada hati. Oleh itu hati akan berasa sedikit gugup juka bertemu dengan si dia.

-Selalu menyebut nama si dia
   Hakikatnya jika nama seseorang sentiasa berada dalam fikirannya maka nama tersebut akan mudah keluar dari mulutnya. Bahkan mungkin dibicarakan nama insan lain tersasul nama si dia. Itulah CINTA.

-Sering mempertahankan si dia
   Jika si dia dituduh, ditomah dan disebut sesuatu yang buruk, maka sudah tentu ia akan dijawab dan dipertahankan

-Mata tidak lepas pandang kepada si dia 
    Hati yang sudah ditawan akan terus ingin melihat si dia. Mata tak jemu daripada memandang. Andai tidak berjumpa sehari umpama setahun tidak bertemu. Jika tak mampu melihat si dia maka gambarnya pun sudah cukup. Jika tak pun memandang ke arah rumahnya sudah terlepas beban besar di hati.

-Sanggup melakukan apa sahaja demi si dia
    Pengorbanan adalah bukti cinta. maka muncullah ungkapan bahawa "Lautan api sanggup direnangi" demi membuktikan cintanya.

Harap-harap maklumat ni boleh membantu anda....Selamat bercinta...:)
   

Tiada ulasan: