what do you say?

Ahad, 23 Mac 2014

Kandungan Rokok....


 kandungan ROKOK...
Dalam rokok terdapat 4000 bahan beracun seperti tar,Ammonia, Arsenik, Carbon Monoksida dan lain-lain. Kalau hisap memanglah sedap, tapi boleh memudaratkan diri korang sendiri...meri tengok...

Tar: Bahan untuk membuat jalan raya..

Naptylamine: Ubat gegat

Arsenik: Racun anai-anai

Hydrogen cyanide: racun

Nikotin: Racun yang boleh mendatangkan ketagihan

DDT: Ubat nyamuk

Cadmium: bahan yang boleh menyebabkan kanser paru-paru dan prostat

Benzene: Penyebab utama leukemia

Polonium: Radioaktif yang menyebabkan kanser paru-paru

Formaldehyde: Untuk mengawet mayat

Butana: gas yang boleh membunuh

Toluene: Bahan pelarut

Methanol: Bahan pembakar untuk roket

Ammonia: Bahan untuk pencuci lantai


Kesimpulannya....orang yang sudah ketagih dengan rokok haruslah berhenti dengan secepat mungkin....kalau korang nak tahu sekiranya setitik daripada nikotin yang hanya seberat 70 miligram diletakkan di atas lidah seekor anjing nescaya anjing itu akan mati dengan serta merta...(anjing merupakan seekor haiwan yang lebih tahan menghadapi racun daripada manusia).....terima kasih kerana membaca.....


Sabtu, 22 Mac 2014

Larangan Merokok


fatwa berkaitan ROKOK.....

1.Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-37 yang bersidang pada 32 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah itu telah memutuskan bahawa "PERBUATAN MEROKOK ADALAH HARAM DARI PANDANGAN ISLAM KERANA IANYA TERDAPAT KEMUDARATAN"

2.Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak pada 8dan 9 Disember 1995,mengambil keptusan dengan sebulat suara bahawa "MEROKOK ADALAH HARAM DARI PANDANGAN ISLAM KERANA PADANYA KEMUDARATAN PADA KESIHATAN DAN PEMBAZIRAN PADA PEMBELANJAAN"


hujah pengHARAMan ROKOK
Terdapat banyak hujah yang menunjukkan pengharaman rokok.Antaranya:

1.ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam lembah kebinasaan."(Surah Al-Baqarah : 195)

2.ROKOK MERUPKAN SATU PEMBAZIRAN TERHADAP HARTA
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitaan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."(Surah Al-Isra' :26-27)

3.LARANGAN DARIPADA MEMBAZIR
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan janganlah kamu melampau (Pada apa-apa jua yang kamu makan dan belanjakan), Sesugguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampau".(Surah Al-Al'am : 141)

4.IANYA DIANGGAP SEBAGAI KHABA'IS (BURUK)
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk." (Surah Al-A'raf : 157)

5.ROKOK MEMBERI MUDARAT KEPADA YANG LAIN
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak boleh memberi Mudarat dan membalas dengan kemudaratan." (Hadis riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan Al-Daraqutni. Hadis ini hasan sehingga Al-Hakim berkata: Hadis ini sahih sanadnya mengikut Syarat Muslim)

6.MENDATANGKAN KESAN BURUK KEPADA JIWA RAGA
Ini kerana ianya mempunyai benyak racun. Menurut buku yang bertajuk "Rokok dan keharamanya", yang memuatkan tulisan Abdullah Bin Abdul Rahman Al-Sind, bahawa: "Nikotin merupakan suatu bahan yang beracun (sejenis dadah yang terdapat di dalam daun tembakau) yang lebih keras kesannya daripada segala racun. Saandainya setitik daripadanya diletakkan ke atas lidah seekor anjing, nescaya anjing itu akan mati serta merta, sedangkan anjing sejenis haiwan yang lebih tahan menghadapi racun daripada manusia".
(satu suntikan yang mengandungi 70 miligram nikotin dapat membunuh manusia dalam tempoh beberapa minit sahaja".
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata: "Daripada alasan-alasan yang saya sebutkan ini, saya berpendapat, bahawa penharusan menghisap rokok itu adalah tidak relevan sama sekali,bahkan merupakan kesalahan yang jelas".


saya berpendapat...orang yang menghisap rokok pada masa kini haruslah berusaha untuk menghentikannya....walaupun ia susah tetapi usaha tangga kejayaan...insyaallah Allah akan membantu anda....Terima kasih kerana membaca....


Picture....






Rabu, 5 Mac 2014

Cerpen : Kasih Sayang Ibu

                                                   Kasih sayang Ibu
                                                   penulis: A.G
   Surat yang telah ibu aku hantar kepada aku telah pun aku baca semuanya.Setelah dua tahun berlalu,akhirnya seribu persoalan yang tidak dapat dijawab telah pun terjawab.Surat itu benar-benar membuatkan mengalirkan air mata.
   Keputusan ibu dan ayah menghantar aku ke kampung dan tinggal bersama-sama datuk dan nenek membuatkan aku bertanya dengan diri aku dengan seribu tersoalan.
Masih segar di ingatan aku sewaktu ibu memberitahu keputusannya untuk menghantar aku ke kampung dan tinggal bersama-sama dengan datuk dan nenek.
  “Siti...ibu terpaksa menghantar Siti tinggal dengan datuk dan nenek di kampung,” tiba-tiba ibu menyatakankan hasratnya.Hasratnya itu membuatkan aku terkejut. ”Kenapa bu.....kan Siti dibesarkan di sini,”tanya aku dengan perasaan tidak puas hati.”Ibu dan ayah terpaksa bekerja keras untuk masa depan Siti,”kata ibu dengan tenang.
  “Dulu ibu dan ayah  pun bekerja keras.Adakah Siti dah menyusahkan ibu dan ayah?”aku memberontak.”Ibu tak dapat menjawabnya sekarang.Tapi percayalah,semua ni untuk masa depan Siti,”ibu mengusap kepalaku dengan penuh rasa kasih sayang.Air mata mula membasahi pipi aku.Ibu memeluk aku dengan erat.
  “Ibu memang dah tak sayangkan Siti lagi.Ibu dan bencikan Siti.”
 “Jangan cakap macam tu.Siti tak faham perasaan ibu.Siti adalah harta yang paling bernilai dalam hidup Ibu.Tapi kehidupan memerlukan sedikit pengorbanan.Siti akan tahu juga nanti,”ibu menepuk belakang aku dangan penuh rasa kasih sayang.
   Hari yang telah dijanjikan telah tiba jua.Aku tidak dapat menolak hasrat ibu dan ayah.Dengan hati yang berat,aku akur dengan keputusan ibu dan ayah aku.Aku membantu ayah untuk mengangkat barang-barang  keperluan ke dalam kereta.
   “Mengapa masam je ni?...Ayah tak suka tengok anak ayah ni muram sahaja,”tanya ayah apabila mendapati aku tidak seceria seperti selalu.
   “Kenapa ni Siti?...Kan Siti dah berjanji akan menerima keadaan ni dengan hati yang terbuka.Ibu nak Siti senyum macam biasa O.K. sayang?”Aku menganguk kepala sahaja.
   ”Lagipun anak ayah ni kan selalu manis macam ibunya...”kata ayah sambil menjeling kepada ibu.Ibu mencubit lengan ayah dengan mesra.
   Ayah dan ibu tak pernah jemu dengan gurau sendanya.Ada-ada sahaja cerita dan modal mereka untuk bergurau dan ketawa bersama-sama.Aku takut kehilangan mereka.Aku takut membayangkan kesepian dan kerinduan tanpa mereka.Tambahan lagi,aku tidak pernah berpisah dengan mereka.Bagaimanakah keadaan aku nanti?...
   Dalam perjalanan aku hanya duduk diam dan melayan perasaan sendiri.Tidak berkata apa-apa pun.Aku masih lagi membayangkan apa yang akan terjadi kepada aku selepas ini.Akhirnya, aku terlena dengan perasan tidak senang hati.
   Semasa aku terjaga dari tidur,kelihatan sungai yang mengalir tenang.Pokok-pokok yang kehijauan.Tenang sedikit hati aku apabila melihat keindahan alam  itu.
   Ketika kami sampai sampai ke destinasi,hari sudah pun beransur-ansur senja.Datuk dan nenek sedang bersiap-siap untuk ke masjid.Melihat kami tiba,mereka tergesa-gesa menyambut kedatangan kami dengan hati yang gembira.
   Sememang datuk dan nenek mengharap kepulangan ibu yang merupakan satu-satunya anak tunggal mereka.Sebagai anak tunggal,ibu tidak pernah menghampakan mereka.Ayah pula menantu yang sangat menjaga hati dan perasaan mereka.Ibu dan ayah tidak pernah membantah apa-apa jua kehendak datuk dan nenek.
   Ternyata kepulangan kami memang dinanti-nanti oleh mereka hingga nenek sangat bersemangat untuk menyiapkan masakan yang istimewa kepada kami.
   Pada malamnya kami sekeluarga tidur berderetan di ruang tamu.Ibu dan ayah tidur dengan nyenyak sekali selepas perjalanan yang memenatkan.Aku pula macam tidur-tidur ayam saja.Sekejap lena sekejap lagi tersedar kerana hati aku masih risau dengan apa yang akan berlaku kepada aku selepas ini
   Pada keesokan harinya,ibu dan ayah akan berangkat pulang.Aku pula berdiri seperti tugu dengan pipi aku basah dengan air mata.
   “Siti sayang,ibu dan ayah balik dulu.Kalau ada apa-apa telefonlah ibu dan ayah di pejabat atau di rumah.O.K. sayang?...Jaga diri baik-baik dan belajar rajin-rajin.”Ibu cuba menyembunyikan sebak didalam hatinya dengan mengukir senyuman yang dibuat-buat di mukanya.Sayu dan hiba membuatkan hati aku semakin sebak.Aku hanya berdiam diri dan mencium mereka dengan penuh kesedihan.
   Kereta ayah bergerak perlahan-lahan meninggalkan rumah datuk.
  Walaupun kereta yang dipandu oleh ayah sudah hilang dari pandangan,aku masih berdiri di situ.Terasa jalan kehidupan aku semakin sunyi dan gelap.Sekali lagi aku membayangkan kehidupan aku yang terasa kosong ini.
   “Siti,kenapa masih berdiri dekat situ?Mari ikut nenek pergi ke kedai.Nanti dapatlah Siti berkenalan dengan beberapa kawan baharu,”ajak nenek cuba untuk memujuk hati aku yang semakin rawan.Dengan malas aku berjalan menuju ke arah nenek.
   “Siti pergi ke bilik nenek dan ambil tudung,”perintah nenek.
   “Buat apa dengan tudung tu nek?”tanya aku penuh kehairanan.
   “Siti kan perempuan,jadi wajiblah pakai tudung supaya tidak boleh dilihat oleh lelaki ajnabi.”terang nenek.
   ”Kedai tu dekat saja.”
   “Dekat atau jauh tu tak penting,tapi yang penting apabila kita keluar dari rumah tentu terdapat orang bukan muhrim kita,kita wanita islam wajib tutup aurat.Kalau datuk  Siti nampak Siti tak pakai tudung tentu dia akan berleter nanti,”kata nenek seperti seorang pensyarah.
    ”Lagipun Siti kan menengah empat.Di kampung ni semua yang sebaya dengan Siti semuanya pakai tudung,”sambung nenek lagi.
    Tanpa belengah lagi aku terus menuju ke bilik nenek dan mengambil tudung seperti yang diarahkan oleh nenek tadi.
   Apabila sampai di kedai Pak Ahmad,ternyata apa yang dikatakan oleh nenek benar-benar belaka.Di sana aku melihat banyak anak gadis yang sebaya dengan aku berpakaian sopan.Mereka memakai baju kurung dan bertudung.Ada juga yang bertudung labuh dan berjubah.
   Tidak seperti yang selalu aku lihat di bandar.Tidak ada yang berseluar jean ataupun berskirt pendek.Tidak ada yang tidak berpakaian tidak sopan.
   “Assalamualaikum Nek Bedah,nak beli apa?”sapa seorang gadis manis bertudung biru laut.
   “Waalaikumussalam....oh,Farah! Ni ha,nenek nak bawa cucu nenek jalan-jalan sekejap.Ha! Siti...ni Farah anak Pak Imam Roslan.Farah,ni cucu nenek Siti Faridah dari Kuala Lumpur.Dia akan bersekolah di sini.Nanti bolehlah Farah datang belajar sama di rumah nenek.”
   Aku bersalaman dengan Farah.Orangnya manis dan lemah lembut.Dia juga tidak kedekut dengan senyuman dan tidak sombong walaupun kamu baru sahaja bertemu.
   Tidak seperti pelajar-pelajar di bandar yang kebanyakannya hanya mementingkan pangkat dan darjat ibu dan bapa mereka.
   Bermula dengan berkenalan  dengan Farah,aku mula berkenalan dengan banyak lagi kawan yang sebaya dengan aku.Yang paling rapat dengan aku ialah Alia,Dayang,Aminah dan Hakimah.Semuanya baik-baik belaka. Kami banyak menghabiskan masa belajar bersama-sama.Mereka banyak membantu aku terutamanya dalam pelajaran.Kebetulan juga kami belajar di sama kelas yang sama.
   Suasana persekolahan di sini betul-betul membuatkan aku sedar tentang berapa pentingnya pelajaran.Pelajar-pelajar di sini semuanya tekun belajar.Mereka tidak pernah memikirkan hal-hal lain selain belajar dan mengulang kaji pelajaran.Tidak ada budaya lepak dan tidak ada budaya kutu rayau seperti yang biasa aku jumpa di sekolah aku dahulu.
   Keadaan kampungnya pula begitu menyegarkan.Tiada pencemaran udara mahupun bunyi.Tambahan lagi,kampung ini jauh dari bandar.
   Waktu subuh di kampung begitu hening dengan kesyahduan suara azan Bilal dari masjid kampung  yang tidak jauh dari rumah nenek.Kedengaran juga bunyi kokokan ayam sahut-menyahut.Segala-galanya begitu menenangkan jiwa dan hati aku.
   Sekali lagi aku membaca surat yang telah diberikan oleh ibu....
   “Anakanda Siti Faridah yang disayangi,
   Ibu mendoakan siang dan malam agar Siti sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah.Ibu juga mengharapkan agar Siti menjadi anak yang baik dan solehah.Ibu tahu....Siti tentu merindui ibu dan ayah.Kami juga merasai apa yang dirasai oleh Siti.Malah ibu yang telah melahirkan Siti lebih tertikam dengan sembilu rindu yang tidah tertahan peritnya.
   Siti mungkin masih tertanya-tanya mengapa ibu dan ayah menghantar Siti ke kampung dan tinggal bersama dengan datuk dan nenek.Kini tibalah masa ibu memberitahu Siti kebenarannya setelah meneliti keadaan Siti yang semakin baik.
   Anakku sayang,
   Gejala sosial yang hebat sedang melanda dengan hebat pada masa kini seperti dadah budaya lepak,bohsia dan lebih teruk lagi kes buang anak.Biarpun ibu dan ayah telah berusaha keras untuk memberi didikan agama tetapi perasaan risau tetap menghantui ibu.Ibu takut angin keruntuhan moral sedikit demi sedikit mempengaruhi  Siti secara perlahan-lahan.Pengaruh  rakan sebaya dalam pergaulan seharian adalah salah satu sebab besar gejala ini boleh berlaku.Siti terlalu muda untuk membuat pertimbangan baik buruknya suatu keadaan.
   Corak pergaulan dan persekitaran kampung adalah yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup bermasyarakat.Ibu begitu mengimpikan agar Siti menjadi anak yang solehah,yang mampu menghargai kasih sayang dan pengorbanan oraang tuanya.Selain itu,di kampung,Siti lebih terdedah dengan nilai-nilai murni bercirikan agama dengan datuk dan nenek.
   Bukanlah bererti ibu dan ayah mahu lepas tangan dan melupankan tanggungjawab kami sebagai ibu dan bapa.Siti sendiri tahu bahawa kami sibuk dengan urusan kerja dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk meluangkan masa bersama.Kami berusaha mencari rezeki yang halal untuk menjadikan masa depan Siti lebih cerah.Siti adalah harta yang paling bernilai bagi kami.Oleh itu,kami ingin harta kami lebih bernilai dengan pengisian ilmu yang bermanfaat.Siti,apabila kami meninggalkan dunia ini hanya tiga perkara yang boleh kami bawa iaitu amalan,sedekah dan doa anak-anak yang soleh.Inilah yang kami impikan sebagai orang tua.
   Sejak kecil kami memanjakaan Siti dengan kemewahan dan kesenangan.Siti tidak pernah merasai apa itu susah dan apa itu miskin.Pada zaman ibu dahulu,ibu terpaksa bertungkus lumus untuk berjaya seperti sekarang.Dengan kesusahan,manusia pandai menilai masa dan peluang.Pandai berusaha untuk mengejar apa-apa yang diimpikan.Dengan kesusahan jugalah yang mengajar seorang manusia untuk bersabar dan bersyukur dengan nikmat yang ada.
   Bukan niat ibu nak mendera Siti supaya hidup susah di kampung,cuma ibu mahu Siti hidup dalam suasana sederhana.Dengan itu,Siti akan bersyukur dengan apa-apa yang Siti ada.Merasai belas dan kasihan terhadap orang yang susah.Ini akan membuatkan jiwa Siti lebih kuat dan tabah menghadapi dugaan yang akan datang.
   Di kampung,Siti telah menunjukkan prestasi yang sangat baik.Harapan ibu telah pun tercapai.Siti telah hampir tamat mengaji.Siti juga telah menunaikan solat lima waktu.Siti sekarang lebih sopan dalam pergaulan.Lebih membanggakan,Siti mencapai keputusan yang terbaik dalam pelajaran.Siti akan jadi lebih ceria dengan udara kampung  yang lebih segar dan bersih.
   Ibu bahagia sekali dengan semua pencapaian yang telah kamu kecapi.Kini Siti tentu faham akan sebab kenapa ibu menghantar kamu ke kampung.
   Sekian sahaja daripada ibu.Mudah-mudahan Siti mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah.”
  Setelah aku baca surat itu untuk kali kedua aku lipat dan aku simpan dengan baik di dalam almari di penjuru bilik aku.Aku membuka jendela bilik aku.Terasa angin sejuk masuk ke dalam bilik. Aku menghirup udara segar dari jendela bilik aku itu.Terasa juga linangan air mata mengalir di pipi aku dengan perlahan.Sekali lagi aku membiarkan air mata aku mengalir.   Setelah dua tahun berlalu,barulah aku faham erti pengorbanan orang tua dan harapan ibu dan ayah aku kepada diri aku.