what do you say?
Ahad, 18 Ogos 2013
masa yang baik untuk berdoa
orang pada masa kini semakin lupa untuk berdoa...alasannya doa mereka tak akan dimakbulkan...cuba anda hayati firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 186...
DAN APABILA HAMBA-KU BERTANYA KEPADAMU MENGENAI-KU,SESUNGGUHNYA AKU TERLALU HAMPIR.AKU PERKENANKAN DOA ORANG YANG MEMINTA APABILA IA BERDOA KEPADA-KU
Oleh itu,janganlah kita mengabaikan ntuk berdoa...
Masa yang baik untuk berdoa...
1.waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh...
2.selepas setiap solat fardu lima waktu...
3.antara solat zuhur,asar dan marghrib
4.ketika bangun dari tidur...
5.ketika hendak masuk masjud dan keluar masjid...
6.selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam...
7.antara azan dan iqamat atau selepasnya...
8.ketika ditimpa kesulitan,gundah gulana dan rasa resah...
9.antara takbir solat hari raya...
10.ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting...
11.ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengejakannya...
12.ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir...
13.sepanjang malam,terutamanya sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur...
sebenarnya banyak lagi masa yang terbaik untuk berdoa...tapi ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada masa ini...assalamualaikum...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan