what do you say?
Ahad, 18 Ogos 2013
masa yang baik untuk berdoa
orang pada masa kini semakin lupa untuk berdoa...alasannya doa mereka tak akan dimakbulkan...cuba anda hayati firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 186...
DAN APABILA HAMBA-KU BERTANYA KEPADAMU MENGENAI-KU,SESUNGGUHNYA AKU TERLALU HAMPIR.AKU PERKENANKAN DOA ORANG YANG MEMINTA APABILA IA BERDOA KEPADA-KU
Oleh itu,janganlah kita mengabaikan ntuk berdoa...
Masa yang baik untuk berdoa...
1.waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh...
2.selepas setiap solat fardu lima waktu...
3.antara solat zuhur,asar dan marghrib
4.ketika bangun dari tidur...
5.ketika hendak masuk masjud dan keluar masjid...
6.selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam...
7.antara azan dan iqamat atau selepasnya...
8.ketika ditimpa kesulitan,gundah gulana dan rasa resah...
9.antara takbir solat hari raya...
10.ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting...
11.ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengejakannya...
12.ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir...
13.sepanjang malam,terutamanya sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur...
sebenarnya banyak lagi masa yang terbaik untuk berdoa...tapi ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada masa ini...assalamualaikum...
Sabtu, 17 Ogos 2013
Peringatan di sebalik 5 Jari
peringatan di sebalik 5 jari
Manusia diciptakan oleh Allah swtmempunyai 5 jari tangan kanan dan 5 jari di tangan kiri...jika diamati dan difikirkan dengan akal fikiran yang diberi,kita akan mendapati terdapat peringatan disebaliknya...Jom kita baca....:) bermula dari jari kelingking...
1.Jari kelingking...
kecil dan kerdil...Lambang seorang manusia yang bermula dari kecil...saat ini mengingatkan kita pada usia kanak-kanak yang mentah dan perli dibimbing...bagai kata pepatah 'melentur buluh biar daripada rebungnya'...
2.Jari manis
Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cincin...ini melambangkan kehidupan manusia apabila masuk ke alam remaja...di sebalik kemanisanya,tersimpan cabaran dan dugaan...Juga,telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib...ketika itu diperingatkan kepada kita untuk 'amal makruf nahi mungkar' dengan sebenar-benarnya...
3.Jari hantu
Jari yang paling panjang...Zaman remaja ditinggalkan dan alam dewasa menjengah.. pada peringkat ini-sekitar 30an ke atas-kehidupan telah stabil...Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah bermulanya 'hantu-hantu' yang cuba mengacau...hantu jasad,hantu ego,hantu tamak dan sebagainya...Di sinilah keimanan banyak diuji-untuk menghindarinya,banyakkan amal ibadat...
4.Jari telunjuk
Jari yang 'mengungkap' satu dan keEsaan Allah swt ketia solat...Jari ini melambangkan ketokohan sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada orang lain...Ingatan kita supaya sentiasa tertunjuk ke arah yang benar tanpa berselindung di sebalik maksiat...
5.Jari ibu
Jari yang besar dan pendek...Lambang kematangan dan kehebatan...juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan pakar rujik...Peringatan kepada kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakat sekeliling kearah jalan yang benar...iaitu agama Allah swt (islam)....
bukannya ini maksudnya...ok?

ubat penyakit sombong
UBAT PENYAKIT SOMBONG...
1.Diam dab jangan banyak cakap...Biasanya kalau banyak bercakap nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita...
2.Jangan tonjolkan diri untuk menjadi popular...Biasanya kalau dah popular nanti pandang rendah terhadap orang lain...
3.Berasa cukup dengan apa yang dimiliki...Biasanya kalau berlebih-lebih nanti mesti masih tak puas dan nak lebih lagi
4.Jangan bersikap buruk sangka kepada orang lain...biasanya kalau ada sifat buruk sangka nanti hilang kawan atau tidak ada kawan langsung
5.Biasakan diri dengan sikap kasih sayang dan saling hormat-menghormati...biasanya kalau tak ada rasa belas nanti sifat zalim pula yang datang...
6.Sentiasa bertakafur memikirkan kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah...Biasanya kalau tidak bermuhasabah nanti kita hanya tahu yang kita ini kononnya bagus
7.Selalulah berdoa dan memohon taufik dan hidayah Allah swt... Biasanya kalau tidak berdoa nanti kita menghidap penyakit 'syirik kecil'... Nauzubillah
Itulah antara tip-tip dan nasihat yang boleh saya sampaikan pada kali ini...

Langgan:
Catatan (Atom)