what do you say?

Ahad, 12 Mei 2013

Petua pemakanan menjaga diri dari terkena penyakit yang diamalkan oleh nabi SAW

PETUA PEMAKANAN DAN MENJAGA DIRI DARI TERKENA PENYAKIT YANG DIAMALKAN OLEH NABI SAW

SABDA DAN HADIS NABI:
1.Allah tidak menjadikan penyakit melainkan dijadikannya juga ubat,kecuali MATI.Firman Allah bahawa siapa yang hidup menurut perintah Al-Quran akan lanjut usianya...

2.Asal usul penyakit adalah sejuk.Oleh itu makanlah apabila perlu dan jangan makan apabila tidak perlu.

3.Perut itu adalah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat.Oleh itu jadikanlah puasa kebiasaan anda.

4.Pada pandangan Allah,makanan yang paling baik ialah makanan yang dimakan beramai-ramai

5.Makan seorang diri semasa sarapan adalah makan dengan syaitan,makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim,makan dengan 2 orang lain ialah makan dengan para nabi

6.Biarkan makanan agak sejuk sebelum memakannya,kerana makanan yang agak panas itu tidak berkat

7.Apabila makan,tanggalkan kasut untuk merehatkan kaki

8.Ada keberkatan pada makanan di tengah pinggan.Oleh itu,mulakan makan makanan yang ditepi pinggan dahulu,bukan mula dari tengah

9.Ada keberkatan dalam 3 perkara:dalam sarapan pagi,dalam roti dan dalam sup

10.Berus gigi selepas makan dan kemudian berkumur-kumur,kerana kedua-duanya amalan ini adalah penjaga gigi

11.Kurang makan,maka kuranglah dosa

12.Jangan minum berdiri kecuali orang berpenyakit sengal pada paha dan pangkal paha

13.Sarapan pagi waktu faraj(subuh) ada keberkatannya






Tiada ulasan: