what do you say?

Ahad, 5 Oktober 2014

Bahaya Shisha daripada rokok


Apa itu shisha?... Shisha adalah rasa tembakau yang digunakan dalam proses merokok. Juga dikenali  'gelembung Hubble'. benda ini agak terkenal di Asia Barat.
Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dahulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Antara bahaya shisha ialah, air di dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap yang turut mengandungi nikotin karbon monoksida dan bahan-bahan lain seperti rokok biasa. Arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk daripada rokok biasa.
Penghisap shisha berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Ini kerana satu sesi penghisapan shisha memiliki kecenderungan 4 hingga 5 kali ganda lebih tinggi daripada satu sesi penghisapan rokok biasa. Kadar ini boleh meningkatkan kadar kerosakan otak dan keadaan tidak sedar.
Perkongsian paip shisha mendedahkan pengguna kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Contohnya tibi dan sebagainya.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyebut shisha berbahaya 400 kali ganda daripada rokok biasa kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin, dan tar yang kepekatannya tinggi berbanding rokok.
WHO turut melaporkan  17 peratus kes jangkit berjangkit batuk kering dikaitkan dengan penggunaan shisha...

Ingat dan Share dengan kawan-kawan anda....