what do you say?

Isnin, 25 November 2013

Ingatan bagi kita semua...


  • Yang SINGKAT itu  WAKTU

.Yang menipu itu DUNIA

.Yang DEKAT itu KEMATIAN

.Yang BESAR itu NAFSU

.Yang BERAT itu AMANAH

.Yang SULIT itu IKHLAS

.Yang SUSAH itu SABAR

.Yang MUDAH itu MEMBUAT DOSA

.Yang LUPA itu BERSYUKUR

.Yang MEMBAKAR AMAL itu MENGUMPAT

.Yang MENDORONG KE NERAKA
 Itu LIDAH

.Yang BERHARGA Itu IMAN

.Yang DITUNGGU OLEH ALLAH SWT
 Itu TAUBAT....

                                (IMAM AL-GHAZALI)













Sabtu, 26 Oktober 2013

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW...

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW...

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijri di Lembah Uranah,Gunung Arafah...

"Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak kusampaikan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini...

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya,kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan menbuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu,maka kamu,mereka berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam dalam keadaan kasih sayang.Layanlah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah Allah,dirikan sembahyang lima kali sehari,berpuasalah di Bulan Ramandan dan tinaikanlah zakat dari kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu.Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama tiada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah,bahawa,kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu,awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lagi agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilalah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaa kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.Saksikanlah Ya Allah,bahawanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu...